Blogger Backgrounds

Monday, December 5, 2011

~~~

Assalamualaikum...

Ya Muhaimin syukur atas perlindungan Mu...
Berdakwah itu memang sangat sukar...


Dalam berdakwah niat yang sepatut di perteguhkan...
selepas itu kita harap keredhaan Allah S.W.T
saya begitu bersyukur walau cuma satu atau dua orang yang baca tulisan saya...
saya hanya mahu menambah ilmu untuk diri sendiri dan berharapa dapat berkongsi dengan rakan-rakan di FB.

saya masih belum mampu menjadi seorang mujahiddah...
ilmu yang secetek saya tidak mampu untuk menjadi seperti itu...
tapi saya selalu berharap tiap perkongsian ilmu itu terlintas sedikit di hati orang lain untuk menjadikan amalan harian...

saya tidak kecewa walaupun tiada yang membaca...
tidak mengapa walaupun dulu orang yang terlalu rapat ngan saya pun tidak menegur saya lagi...
satu aje saya minta pada Allah supaya segala niat saya sentiasa di permudahkan...
keadaan dah semakin berubah...
mungkin kesedihan buat saya berubah seperti ini...
Alhamdulillah kerana Allah beri peluang untuk saya mencari redhaNYA...

saya berharap Allah tak uji orang yang saya sayang dengan kehilangan dan kesedihan...
kerana saya merasa begitu sakitnya kehilangan itu...saya tidak mahu orang merasa seperti saya...
dan sekarang saya jalani hidup ini sendiri dengan setiap hari mengharap belas kasihnya Allah...


Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.~Sayidina Abu Bakar As-Siddiq

Dari hati:: teguhkan iman ku Ya Rahman Ya Rahim....

Thursday, December 1, 2011

cantik

Assalamualaikum...

Petang tadi saya membeli barang-barang dapur...saya masuk 1 kedai tiba-tiba saya terpandang sejadah warna purple...Ya Allah saya terus ingat dia...tak tahu kenapa hati saya tergerak nak beli sejadah itu...sedangkan saya sudah ada sejadah pemberian dia....tapi bila sampai rumah saya terus simpan sejadah itu dalam kotak...


Saturday, November 26, 2011

Hijrah

Assalamualaikum....

Salam Awal Muharram buat semua...banyak pengertian bila kita menyambut tahun baru Islam ni...Penghijrahan yang diharapkan oleh setiap manusia...banyak konsep hijrah ni..hijrah dalam membentuk peribadi yang lebih baik itu pun termasuk dalam penghijrahan...



Rasanya pada tahun baru Islam ni la yang patut kita semua tanamkan azam...bukan pada tahun baru kalender inggeris....hmm saya sebelum menyambut tahun baru lagi saya sudah cuba berubah...kadang-kadang keadaan sekeliling juga akan mempengaruhi perubahan kita...tahu apa yang saya ubah???

saya cuma berubah cara penampilan jer...dulu saya akan mengenakan solekan apabila keluar...tapi sekarang saya hanya menjaga adab saya apabila keluar dikhalayak ramai...berhias secara berlebihan berdosa...bukan la sampai selekeh bila keluar...saya hanya memakai eyeliner (celak), blusher (pemerah pipi) yang agak nipis dan lipstick (gincu bibir) yang ala2 jer kat bibir...lebih selesa begitu....

dari dulu lagi saya menjaga cara berpakaian...baju walaupun lengan panjang, apabila menampakkan susuk tubuh saya yang macam lidi kelapa ni tetap saya tutup dengan baju sejuk...walaupun keadaan panas terik...sampai ada yang bertanya "tak panas ke pakai berlapis-lapis ni"...jawapan nya panas memang panas tapi panas lagi api neraka...

saya harap Allah sentiasa melindungi saya dari pandangan mata manusia...biarlah saya tidak mendapat perhatian dari diri saya di jamah mata manusia-manusia....saya suke sangat tengok gambar di bawah ni....saya dah belajar pakai jubah...tapi saya ada masalah untuk mencari saiz jubah yang sesuai ngan badan saya ni...ingat saya nak beli lagi...walaupun jubah ini harga lebih mahal tapi ntah la saya suke pakai...sejuk....



saya berharap kita semua menuju kearah penghijrahan ke arah kebaikan dan sentiasa di redhai Allah...Amin Amin Ya Rabb...


>_<

Friday, November 25, 2011

sepi menunggu senja


gambar nukilan dari insan yg sy sayangi...ini kenangan yang tiada akhirnya...
gambar sy lakukan editing supaya nampakkan cahaya mega itu...
terima kasih syg berikan kenangan terindah yg tiada satu detik pun untuk di lupai...

pahala yg tidak terhitung




Firman ALLAH SWT: 

“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”

(Surah Az Zumar Ayat 10)


Ulasan Ayat :


-->Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.

-->Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.

-->Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.

-->Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.

-->Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.

-->Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

-->Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.


WALLAHU’ALAM

cukuplah sy mencintai awak dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali &
Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)




Dari hati:: tq shue

Thursday, November 24, 2011

Wanita

Assalamualaikum...

Saya masih lagi di sini....mencari ruang untuk bersendiri...menjauhkan diri dari semua orang untuk mencari ketenangan...kehidupan ini kita cuma boleh olah...tapi semuanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa...

Pada saat sy lelah melihat kesedihan, sy menjauh dari situasi yang menekan...kesdihan tak pernah lepas dari seorang wanita...wanita akan banyak di uji dengan perasaan kerana Allah telah kurniakan seorang wanita hati yang lembut...kerana dengan hati yang lembut ini seorang wanita akan menjadi kuat semangat dan tabah...airmata adalah kekuatan bagi wanita...jikalau mereka tersenyum di saat berduka itu bermakna mereka sedang menangis di dalam hati...

wahai wanita jagalah aurat mu...
wahai wanita jagalah peribadi mu...
wahai wanita jagalah pergaulan mu...
wahai wanita tabahkan hati mu...
wahai wanita teguhkan iman mu...

Dari hati:: lepaskan keindahan dunia yg sementara... >_<

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,




Dari hati::Kerana saya kaum hawa


Doa akhir tahun dan awal tahun...



Doa akhir tahun Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib





Monday, November 21, 2011

3 rasa

Assalamualaikum...

Syukur pada Allah sbb masih diberi peluang dan daya untuk berpijak di bumiNYA....

Pada dasarnya manusia itu punya hati yg kadang kala mudah tersentuh...begitu juga diri saya...saya sedar walaupun kehadiran sy tidak di hargai sekali pun di kalangan semua...saya dah cukup bersyukur...mmang kadang kala hati sy bagai dihiris-hiris...tapi saya selalu berkata Ya Allah apa pun yg saya lalui sekarang mahupun saya terluka sgt bersihkan hati saya...didiklah hati sy menghadapi dan melayan mereka dengan hati yg suci...jgn Engkau biarkan sebesar kuman pun rasa dendam dan kecewa...

sy memang tak punya siapa-siapa untuk berkongsi rasa...sy tiada kawan...tiada yang menyayangi sy dan menerima kelemahan dan kekurangan diri sy...cuma sy ada kucing-kucing tempat sy mengalirkan airmata...Allah hanya berikan sy binatang sbagai penguat semangat sy...bila binatang yg selama ini tempat sy menumpang kasih di sumpah hati sy bagai kaca yg berderai...hanya satu pinta sy semoga Allah jdikan binatang ni tidak menyusahkan sapa-sapa...harap sgt binatang ini dapat berdikari...tadi sy dapat lihat smua kucing sy hanya lihat jer orang mkn...yg si kecil itu duduk di tepi pintu terdiam...macam dia mengerti hati sy cukup berduka...hati sy bersedih...

satu yang sy paling bimbangkan kesihatan sy selalu terganggu...kalau sy tiada bagaimana nanti...Ya Allah berilah aku kesihatan supaya aku mampu menjaga binatang ini dgn sempurna...

sy tak terkilan dgn sikap manusia yg mengenali sy...mereka tak perdulikan sy...biarpun sy hanya di jadikan tempat apabila mereka perlukan sy mereka cari...apabila tidak perlukan sy mereka menganggap sy tidak wujud...yang penting pada mula sy menerima kehadiran mereka dulu dgn penuh rasa keikhlasan danrasa hormat...sy hanya mengharap sy dapat menumpang kasih dan belas ehsan Allah S.W.T...kuatkan semangat sy lalui ujian ini Allah...


Dari hati:: tabahlah wahai hati

Sunday, November 13, 2011

Gelora

Assalamualaikum....

Ya Allah dah lama sangat saya tak update tulisan saya...kadang-kadang ada waktu kita tak mahu bercerita...kadang-kadang ada waktu kita mahu bersembunyi dari segala gelora...

tapi hari ini ntah kenapa saya bagi ruang pada diri saya untuk berada di sini ...kenapa entry saya adalah gelora? hehe sbb kepala saya sedang bergelora...saya ambik sedikit ruang melepaskan segala lelah menghadapi gelora kepala saya ni....

dalam keadaan kepala saya yang bergelora ni saya terlalu harapkan sokongan dia...tapi ntah la...segalanya mungkin harapan yg tidak menjadi kenyataan...kadang-kadang saya ingatkan diri saya bahawa saya perlu tangani ujian ini sendiri...di mana diri saya yang dulu?? saya rindukan kekuatan dan ketabahan saya yang dulu...mamapu berjuang dalam apa keadaan sekali pun...

saya selak satu persatu kenangan saya yang dulu...agar ia menjadikan saya tabah...tetapi kadang-kadang saya menjadi manusia yg terlalu akur dengan kelemahan diri...kesakitan ini cuma ujian...kenapa saya nak mengalah...hadapi kesakitan ini dgn semangat yang walaupun hanya tinggal sisa-sisa sahaja...saya harap Allah ada dgn saya...sekarang semangat itu tidak ada...yang ada hanya pengantungan saya pada ubat...padahal saya mmang nak ajar diri saya hadapinya dgn semangat dan kekuatan dalaman saya...apasal saya lemah sangat...

gelora kepala dan gelora jiwa ni bersatu...waktu saya tak tertahan untuk menanggung saya mintak Allah padamkan semua ingatan saya pada kenangan lalu...tapi Allah sentiasa menguji kita sesuai dengan kemampuan kita...sedangkan saya tahu kenangan itulah hidup saya...nyawa saya...jika terpadam semua terhapuslah saya...dan saya masih lagi berada di sini...hidup bersama kenangan itu yang sentiasa kuat dalam ingatan saya...terima kasih Allah keran tidak Engkau padamkan ingatan itu...sebab Engkau tahu di mana kedudukan dia di hati aku....

berjuanglah untuk hidup...berjuanglah selagi masih bernafas...berjuanglah untuk terus bernafas...

Dari hati:: kontang

Sunday, October 9, 2011

satu titik

kehidupan ini seperti satu titik...yang dari satu titik itu boleh membentuk pelbagai bentuk...kadang-kadang bentuk itu membesar dan kadang-kadang berbentuk kecik....mukadimah saya ni seolah-olah kisan tapi itu adalah hakikat sebenar tentang kehidupan...

saya yang bersedih hati...tiada tempat nak saya luahkan segala perasaan yang membeku di dalam hati saya...cuma di sini ruangan kecil yang mampu saya menulis....sedih, pilu, putus asa , lemah dan rebah terkumpul dalam satu ruang kosong yang saya tak kongsikan lagi dengan sesiapa...rasa nak menagis tapi di tahan airmata ini...rasa nak rebah tapi masih menopang pada bumi...saya kena belajar sendiri semua supaya saya tak susahkan sesiapa.

segala kekuatan dan ketabahan saya semakin berkurang hari demi hari...saya harap sangat saya menjadi seorang yang tabah seperti dulu...mmang dulu adalah kenangan tapi dulu juga adalah semangat buat saya...

Dari hati:: saya sangat sedih...saya benci diri saya yang lemah ni...

Monday, September 26, 2011

sibuknya

Assalamualaikum....

Entry terakhir saya sebelum saya bertolak ke Langkawi....sebelum saya pergi saya akan sedikit sibuk...pada hari khamis saya akan menyiapkan apam polca dot untuk tempahan sekolah dan saya berhajat nak sedekah ke masjid pada malam jumaat ni....pada hari jumaat saya sudah bertolak ke Langkawi..."LANGKAWI IM COMING"






sebelum pergi saya perlu hantar kucing-kucing saya duduk dengan abang saya...harap kucing-kucing saya semua okey tanpa saya di sisi....nak buat macam mana dah terpaksa....nanti saya akan update gambar-gambar yang cantik di Langkawi...tapi yang pasti takde muka saya....hehe...

jika ada sumbu di ladang...
boleh saya menumpang mandi...
jika ada umur yang panjang...
boleh kita bertemu lagi....




Dari hati:: kerana dia pernah ceritakan tentang Langkawi...jadi saya mahu menjejakkan kaki saya ke sana...

ting tong

persoalan demi persoalan...

pertanyaan demi pertanyaan...

detik berganti detik...

hujan yang turun hampir berhenti.......

lelah ku cari jawapan...

namun tidak ku ketemui...

Dari hati::monolog yang paling sengal abad ini....

Sunday, September 25, 2011

Apa itu tekanan

Assalamualaikum....

sekali  lagi penulisan saya yang agak sengel....tajuk entry saya iaitu APA ITU TEKANAN...tekanan itu stress ...tekanan itu  الضغط ...tekanan itu la presión ...tekanan itu அழுத்தம் ....tekanan itu ความดัน ....


okey kembali pada tajuk entry saya tadi....tekanan ni datang dari macam-macam cara...malas saya nak ulas satu-satu...yang saya nak cerita adalah macam mana kita nak cari ketenangan apabila sudah tertekan..ada yang suke cari ketenangan dengan pergi memancing...bukan pancing awek tapi pancing ikan...siapa-siapa yang suke aktiviti memancing ni bagus..mengajar kita erti kesabaran...hoho cakap pasal memancing saya ni jaguh memancing ikan puyu tau<<<cerita sambil dengan lagak berlagekkkkk>>>>






ada yang lebih suke tengok pemandangan...bila tengok permandangan kita akan rasa keagungan Allah...terasa diri ini terlalu kerdil....saya suke tengok awan dan waktu senja...tenang rasa macam nak capai-capai jer....







ada yang tenang bila bermain dengan kucing...ada kajian yang menyatakan bila kita usap bulu kucing akan hilang tekanan...cara ini pun saya suka.....:)








walau apa pun caranya yang penting kita buat aktiviti yang sihat bila kita menangani tekanan....dan cara yang paling baik berserah pada Allah....okey la malas nak cerita banyak-banyak...makin tertekan...


Dari hati:: mood tertekan...malas malas malas

Friday, September 23, 2011

mari cuci mata

Assalamualaikum...

Entry lagi pasal hijau...selama ni saya hanya menulis tentang penanaman jer...ntah bila nak tunjuk hasilnya...okey kali ini saya kan tunjukkan hasilnya...tapi sebelum tu kita tengok dulu cili padi F1 yang di perkatakan orang itu...kenapa di beri nama F1??? mungkin kerana pokok cili padi ini berbuah dalam tempoh empat minggu saja...agaknya la kot...saya teka jerr....mana-mana pokok cili tu????


jeng jeng jeng


tu dia




oppssstttt sorry kucing saya interframe plk...hehehe




alamak lambat pulak upload photo...mcm sipot tercirit line broadband ni...maaf yer sabar-sabar cik sue...kadang-kadang berapi jugak macam terlebih makan sambal belacan bila tengok broadband ni...kalau laju macam kereta F1 kan best...


okey mari saya tunjukkan pokok pada fasa ke 4 cili padi kampung ni...dulu saya tunjuk pokoknya masih kecik...sekarang pokoknya akan bakal menghasilkan buah....mari kita lihat....






Dan ini adalah pokok yang menghasilkan buah dan bunga pula....







Thursday, September 22, 2011

masalah hijau

Assalamualaikum...

Entry saya kali ini tentang si hijau saya ni...banyak yang saya baca dari blog penanam cili padi tegar ni rata-rata menceritakan pasal perihal penyakit yang menyerang tanaman mereka...samalah dengan saya...penyakit sudah menyerang si hijau saya ni...penyakit yang di bawa oleh hama dan kulat...dah tak cun rupe si hijau saya...comot bin compang camping...

penyakit ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok cili terbantut dan daun-daun akan menjadi kerinting dan melecur...bunga-bunga cili yang bakal menghasilkan buah akan gugur apabila tangkainya kering...saya tanya jugak pada nak panggil apa eh budak tu???? okey la saya panggil si penjual baja tu...dia bagi macam-macam saranan...sembur racun serangga organik dan racun kulat...sekarang saya hanya merawat...sembuh atau tidak hanya Allah yang menentukan...



yokkk kita lihat ke bawah--->>>




Dan ini la baja yang di sarankan...sekarang saya sedang mencuba...mungkin keberhasilannya akan lambat...tapi semuanya perlukan kesabaran...



Dari hati:: setiap dugaan itu adalah untuk mengajar kita lebih tabah dan sabar...sabar sebaik-baik jalan untuk kita temui kebahagiaan...




tiada tajuk

Assalamualaikum...

Ya Allah aku bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang di sini lagi...entry saya kali ini tidak bertajuk yg khusus...cuma sedikit kata-kata untuk mengingati saya tentang kelemahan diri saya. Allah memberi ujian yang besar pada kita manusia tentang hati dan jiwa...kerana di situ letaknya kebersihan dan kebaikan yang merangkumi sikap dan perbuatan kita...kerana itulah saya selalu mendoakan hati saya dan orang-orang yang saya sayangi sentiasa dijauhkan dari sifat syaitan...kerana kita manusia yang penuh kekhilafan ini tidak pernah terlepas hari kesilapan besar mahupun kecil...

saya mahu berkongsi sedikit pandangan saya tentang hubungan kita sesama manusia yang sama-sama berkongsi bernafas dan menumpang di bumi Allah yang indah ini...perpecahan antara kita orang islam adalah kerana berpuncanya salah faham dan perselisihan pendapat...mmang kadang-kadang semua itu kita tidak sedari...biarlah kita kehilangan harta tapi jangan kita kehilangan persaudaraan dalam Islam...biarlah kita lakukan semua ini kerana kita sayangkan Agama Islam...besar sangat ke maruah kita sampai kita pergadaikan persaudaraan dalam Islam...saya mmang tak termampu untuk berjihad dalam bentuk yang lain...saya akuinya kerana saya bukan seorang yang berilmu yang tinggi...tapi saya akan berjihad dalam diri saya untuk menjaga hubungan saya sesama Islam...Fatimah Az-Zahra R.A pernah berkata tentang falsafah Islamnya yang bahawa menjaga silaturrahim akan memanjangkan usia kita....bila usia kita masih panjang masih besar peluang kita mencari keredhaan Allah....

Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku yang terdahulu mahupun sekarang...Ya Rahman jauhkan hati ku dari sifat-sifat syaitan...tutupkan lah segala pintu-pintu kesedihan untukku dan bukakan lah pintu-pintu rahmat dan hidayahMu...Ya Rahman Ya rahim berikan lah aku cahaya yang terang agar mampu aku berjalan atas jalan yang Engkau redhai...Ya Muhaimin peliharalah diriku dari sifat marah, sedih dan putus asa tentang kehidupan...sesungguhnya jadikan hari-hari yang aku titi ini sebagai hari yang dapat aku cari keredhaanMu...Bisikkan ke hatiku rasa-rasa takutkan azabMu...semoga aku hambaMu yang sentiasa dalam kelemahan itu sentiasa beriman kepadaMu...

saya teringat status saudara Sham Kamikaze di Fb "musuhilah sifat-sifat dendam,marah dalam diri kita...

saya harap sangat tulisan saya di sini tiada menganggu kehidupan dan ketenangan hidup kamu smuanya yang membaca...tiada sedikit niat saya untuk tujukan monolog saya ini pada sesiapapun...besar mana bebanan hati saya sekarang hanya Allah tempat saya meminta dan merintih...saya manusia biasa yang sedikit sebanyak terguris dengan lemparan kata-kata orang...tapi saya anggap semua ini menuntut saya lebih tabah dan sabar...hidup saya hanya untuk Allah bukan untuk sesiapa...jika anggapan buruk tentang saya yang terselit di hati kecil anda,saya mengharapkan Allah sentiasa mengampunkan kita semua...saya menjauhkan diri dari Fb dan semua orang adalah untuk kebaikan..saya tidak mahu menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dari tuntutan agama..maafkan saya kerana semakin saya hampir dengan semua orang semakin besar dugaanya...saya lari jauh dari pandangan mata manusia supaya tiada kekhilafan kita buat berulang-ulang...

Dari hati:: saya bukan butiran pasir yang berharga pada ombaknya...hati saya bukan sebersih air yang mengalir pada alirannya dengan memberi kesejukkan dan ketenangan....jiwa saya tidaklah setenang dedaun yang dipukul lembut oleh angin...kata-kata saya tidak sehebat sebuah buku tersusun ilmunya...namun sedikit lontaran hati saya lepaskan di sini buat ingatan bagi saya yang cetek pandangan ini...

salam ukhwah saya bina di sini...jauh dari pandangan mata-mata pemanah kata....Assalamualaikum...

Sunday, September 18, 2011

edisi menghijaukan bumi anda

Assalamualaikum....

Masih ada kerajinan dan masa lapang untuk saya menulis entry terbaru saya...bukan apa sejak kebelakangan ini saya rasakan kehidupan saya cepat sangat berlalu...mungkin banyak masa saya habiskan dengan aktiviti menghijaukan bumi...hehe saya mmang dah kurang berfacebook dan juga kurang ambik tahu dan campur hal orang...bukan apa pengajaran dah macam mengajar saya bermain tanah lagi baik dari bergaul dengan orang...

bukan la pulak saya jadi seorang yang sombong...tapi lebih baik hati saya kaku dan beku...okey berbalik pada entry saya ni iaitu saya kagum sangat dengan segelintir orang-orang muda yang berbangsa melayu mempunyai degree ni bukan hanya duduk memeluk degree semata-mata tanpa melakukan sesuatu...yang paling saya kagum mereka tak memilih untuk pegang pen tapi memilih untuk pegang tanah dan bercomot semata-mata mereka mempraktikkan ilmu yang di perolehi...

tabik la ngan orang macam ni...sebabkan mereka ni la dah jadi ramai warga-warga tua memilih untuk menghijaukan bumi di waktu pagi dan petang dari g perpoco-poco yang bergoyang tanpa mendapat faedah...opsssst sorry la pada yang minat poco-poco ni...saya siyes TAK SUKE aktiviti goyang-goyang macam tu....

yang paling best mereka ni menghasilkan baja dari sumber herba...saya jadi pembeli setia la pulak...sebab saya rasa berkesan baja macam tu...kurang bahan kimia...saya setakat suke-suke jer...takde la saya buat secara besar-besaran...setakat hobi di masa terluang...dari mengadap FB, apa kata kita menghijaukan bumi...

okey la entry saya untuk kali ini berakhir di sini...insyaAllah kalau saya masih diberi kesihatan dan peluang adalah entry akan datang saya...

Assalamualaikum....

Dari hati:: berbudi pada tanah pasti akan ada hasilnya...

Sunday, September 11, 2011

Ada gaya petani moden tak?????


Assalamualaikum...
Syukur kerana Allah masih memberi saya kesempatan untuk menulis entry saya yang baru...mungkin sebelum ini ada yang keberatan kerana saya menulis tentang dia...tapi sekarang saya hanya menulis semua yang berkisar tentang diri saya sahaja...tiada kaitan dengan orang lain lagi....okey mari kita mulakan dengan ulasan tajuk diatas...mesti terkejut dan keliru dengan tajuk diatas...jangan pandang saya hanya sebelah mata okeyyy...dulu mungkin tangan saya panas...tapi setelah Allah bukakan jalan dan kemudahan untuk saya lalu saya berjaya....haha ayat macam la berjaya sangat...ayat kalau tak tambahkan belacan untuk menyedapkan rasa mesti tak sedapkan...tapi semua yang berlaku ini adalah atas kehendak Allah Yang Maha Mengasihani...semasa saya tak mampu hadapi semuanya sendiri Dia bukakan saya jalan dan petunjuk supaya semua kesedihan dan kesakitan saya hilang...sekarang saya lebih suka untuk orang tidak tahu apa yang saya rasa...segalanya yang dalam hati saya hanya DIA Yang Maha Esa yang tahu....

SEE


ini adalah fasa pertama hingga ke tiga...sampai ke luar pagar tu...abes rizab jalan...hehe



ni pulak fasa ke 4...eh eh ada lagi...tgk bawah lagi...


ni fasa ke 5....ni cubaan yang ada kelainan sikit...nak tengok macam mana kalau di tanam macam ini hasilnya lumayan atau tak...

fasa ke 6 pulak saya tanam di luar pagar...saya tak snap gambar kerana masih dalam peringkat pertumbuhan...

dan pada pagi tadi saya telah memulakan fasa ke 7...saya juga dah merancang fasa ke 8...mungkin kalau dengan keizinan dan kekuatan yang Allah berikan InsyaAllah...saya merancang saya nak mempunyai lebih dari 100 pokok...hehe....

dan ini adalah kerja saya saja-saja...tengok la bawah lagi


dah banyak daun sudah di potong sebab buat soto untuk hari raya yang lalu...dan ada jugak yang dah di kebas oleh abang saya...nasib badan bila ada yang berminat...hehe


ni pula pokok tomato...saja tanam sbab boleh buat sambal belacan nanti bila berbuah....

tapi nak cerita yang best ni...bila kerja-kerja saya jadi perhatian dan ikutan sekarang...abang saya sudah mula bercucuk tanam di rumah baru dia...bukan main lagi tu...daun cili padi dia selebar tapak tangan...sah-sah dah termabuk baja tu...nak lawan saya la tu...tapi yang kesian rumah dia takde langsung tanah...jadi semua tanaman dia di tanam dalam polybag...

okey la saya nak berundur dulu...assalamualaikum....

Dari hati :: hijaukan bumi kita...hargai la kehidupan yang masih bersisa ini...biar la kita akhiri kehidupan kita dengan ketenangan ciptaan Allah yang berwarna hijau....jangan duk sibuk sangat bersosial...

Rewang

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari terakhir saya puasa ganti dan sunat...Alhamdulillah selesai juga tanggungjawab saya pada agama....jadi esok saya dah raya la...yeah-yeah seronoknya beraya...esok ingat nak beraya makan rojak...:)

Pada hari jumaat dan sabtu yang lepas saya meraikan majlis rewang kawan saya...kira kawan saya la kot...walaupun dia kawan kakak saya...dah kami selalu lepak sama-sama...gelak sama-sama...kerana saya tak mahu tinggal puasa saya pergi ke majlis dia dalam keadaan saya berpuasa...sempat berbuka puasa di rumah dia pada petang jumaat tu...tak rasa letih atau lapar langsung walaupun berkejaran-kejaran ke masjid masa akad nikah dia...alhamdulillah...Allah bagi saya nikmat kecergasan...



Dari hati ::::post entry blog sambil tgk resepi kat google hehe

Thursday, September 1, 2011

terluka

assalamualaikum....

org lain sibuk beraya tapi saya sibuk pasang pagar...biasa la hari2 raya ni mcm2 boleh berlaku...sy tak beraya pun...tahun ni raya tak bererti langsung bagi sy...macam-macam dugaan dan ujian yang sy tempuh...suka atau tidak terpaksa di lalui jugak...org lain sibuk berbaju raya macam-macam gaya...tapi sy takde apa-apa pun...

hari ini hari lahir sy...tapi sy tak rasa gembira pun...sedih adalah...ni pertama kali sy tak mndapat ucapan hari lahir dari dia...mungin sedetik pun takde sy dalam ingatan dia...tak apa la...sy semakin faham bahawa sy dah lama takde dalam ingatan dia...mengapa mudah untuk org lain tidak menperdulikan kan sy...sy mmang sukar untuk berbuat seperti mn org baut pada sy...walaupun org kejam dengan sy api sy ttap melayan org seperti mn dahulu mula-mula sy knl...tak pernah sy lupe dia....sy nak sgt sms dia tapi sy takot semua sms sy cuma mengganggu ketenangan dia....

sy dah set reminder dlm hp sy hari lahir dia...sy akn wish pada hari lahir dia...mcm dulu jgk...biar hati saya terluka takpe...sy redha...tapi sy tak mahu org lain rasa terluka seperti mana sy rasa....sakit tak akan ada siapa yg faham...

Dari hati ::: jgn kita balas apa yang orang buat kepada kita...yang perlu kita buat adalah menjaga silatulrahim...kerana Fatimah Al-Zahra RA pernah berkata menjaga silatulrahim adalah pemanjang usia...

Friday, August 19, 2011

kueh sipot

bila time2 dah nak dekat raya ni mula la saya asek ingat jer dulu-dulu kami macam mana...dia suka sangat ngan kueh sipot...tu yang saya hari ni nak beli barang nak buat kueh sipot...bila makan kueh sipot nnti akan ingat dia...fikiran ni tak henti-henti fikir pasal dia...

masa mula-mula tengah hangat dulu hp ni tak lepas kat tgn walaupun sibuk buat persiapan raya...sekarang hp ni sunyi tak berbunyi...sampai saya dah lupe bunyi ringtone hp saya...ingt lagi dalam jemm jalanraya pun boleh lagi dia anyam ketupat...smua itu kenangan yang sampai bila-bila tak akan sy lupa...

semalam dia sms saya...sampai saya tgk hp keesokan paginya dua tiga kali sbab macam saya bermimpi dia sms saya...punya la saya rindu dia...saya rindu nak tgk dia ketawa...saya rindu nak dengar dia bebel kat saya...saya rindu dia usik saya sampai saya merajuk...saya rindu sgt dia...saya tak boleh lupa dia....





Dari hati :::lagu ini hanya untuk dia...dengar lagu ni sambil nanges2....pasti buat kueh sipot sedap tiap-tiap tahun...

menangis lagi





aku

menangis lagi....

terluka lagi....

untuk sekian kalinya...

dulu aku belajar menyelinap

di kalangan dia

tapi sekarang

aku belajar berhenti

dan mengundur setapak demi setapak

kerana aku sedar aku siapa

walaupun aku masih   dia



Dari hati ::: cinta perlukan pengorbanan...cinta perlukan airmata...cinta juga perlu terluka....sedih dgr lagu raya "sabarlah syg"
berpuasa sendiri...beraya sendiri..raikan hari jadi sendiri....








Thursday, August 18, 2011

ya Allah

bissmillahirrahmanirrahim..

ya Allah ya Rahman.. Tuhan Yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang.
di bulan ramadhan yg mulia ini aku bmohon padaMu ya Allah.
Kau selamatkan lah dia dari rasa sedih yg lama..
berikan la dia rasa bahagia rasa tenang dlm mjalani ibadah padaMu ya Allah.

ya Allah..tuhan Yg Maha Pengasih lg Maha Pengampun..
Kau ampunkan segala dosa2nye.. dr dulu skg dan akan datang.
limpahi la dirinya ya Allah, cahaya keimanan dn tunjukki lah dia jalan yg lurus yg Kau redhoi
ya Allah..


ya Allah tuhan Yg Maha Pengasih lg Maha Pemurah..
aku bermohon padaMu Ya Allah Kau temukan lah dia dgn pasangan dr insan yg bertakwa
padaMu ya Allah.. agar dapat memimpin dia kepadaMu ya Allah..
ya Allah Kau buka lah hatinya supaya menerima ikhlas jodohnye nanti ya Allah.
ya Allah ya tuhanku... aku benar2 berharap Kau tunaikn lah doa2ku ini..

ya Allah ya tuahnku.. yg Maha Pengasih lg Maha Pengampun..
Kau ampunkan lah dosa2 ku ya Allah.. sesungguhnye aku hambaMu yg lalai dan bedosa.
terima la taubatku ya Allah..

amin.. amin ya Rabballalamin..
al fatihah..


kiranya masih tersisa kesalahan ini
hanya kemaafan yg dapat dhulurkan
hanya doa mengiringi...
hanya sesal yg ada di hati.. 



Wednesday, August 17, 2011

siapa aku

SIAPA AKU


YANG HADIR DI KALA KETENANGAN ENGKAU


SIAPA AKU


YANG MERAIH SIMPATI ENGKAU


SIAPA AKU


YANG MENUMPANG SEDIKIT DI RUANG ENGKAU


SIAPA AKU


YANG SENTIASA MERENUNG SENYUM ENGKAU


SIAPA AKU 


YANG MENANGIS MELIHAT KESEDIHAN ENGKAU


SIAPA AKU


YANG MENEMANI SEPI ENGKAU


SIAPA AKU


YANG DI SURUH PERGI DARI KETENANGAN ENGKAU


SIAPA AKU


YANG TIDAK DI ENDAHKAN WALAUPUN ADA DI SAMPING ENGKAU


SIAPA AKU


YANG DI SURUH PERGI DARI ENGKAU


SIAPA AKU 


YANG MENGELAP AIRMATA SENDIRI TANPA ENGKAU


SIAPA AKU 


YANG MAHU BERKONGSI SUKA DUKA BERSAMA ENGKAU


SIAPA AKU


DI HATI ENGKAU


Dari hati ::: melara membawa sesak duka...kiriman doa hanya dari jauh...
                    aku mencintai dia kerana dia lebih mencintai Allah..
                    aku menyayangi  dia keran dia lebih menyayangi Allah...
                    aku mengasihi dia kerana dia lebih mengasihi Allah...
                    aku merindui dia kerana dia lebih merindui dia....
~ ni la hakikat yang tak pernah sy beritahu dia walaupun dia pernah tanya kenapa sy syg dia....sy hanya menajawab sy syg dia kerana Allah...dia tak akan phm apa sy rasa smpai hari ini...tapi inilah hakikat napa sy tak blh lupa dia....offline...