Blogger Backgrounds

Monday, December 5, 2011

~~~

Assalamualaikum...

Ya Muhaimin syukur atas perlindungan Mu...
Berdakwah itu memang sangat sukar...


Dalam berdakwah niat yang sepatut di perteguhkan...
selepas itu kita harap keredhaan Allah S.W.T
saya begitu bersyukur walau cuma satu atau dua orang yang baca tulisan saya...
saya hanya mahu menambah ilmu untuk diri sendiri dan berharapa dapat berkongsi dengan rakan-rakan di FB.

saya masih belum mampu menjadi seorang mujahiddah...
ilmu yang secetek saya tidak mampu untuk menjadi seperti itu...
tapi saya selalu berharap tiap perkongsian ilmu itu terlintas sedikit di hati orang lain untuk menjadikan amalan harian...

saya tidak kecewa walaupun tiada yang membaca...
tidak mengapa walaupun dulu orang yang terlalu rapat ngan saya pun tidak menegur saya lagi...
satu aje saya minta pada Allah supaya segala niat saya sentiasa di permudahkan...
keadaan dah semakin berubah...
mungkin kesedihan buat saya berubah seperti ini...
Alhamdulillah kerana Allah beri peluang untuk saya mencari redhaNYA...

saya berharap Allah tak uji orang yang saya sayang dengan kehilangan dan kesedihan...
kerana saya merasa begitu sakitnya kehilangan itu...saya tidak mahu orang merasa seperti saya...
dan sekarang saya jalani hidup ini sendiri dengan setiap hari mengharap belas kasihnya Allah...


Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.~Sayidina Abu Bakar As-Siddiq

Dari hati:: teguhkan iman ku Ya Rahman Ya Rahim....

Thursday, December 1, 2011

cantik

Assalamualaikum...

Petang tadi saya membeli barang-barang dapur...saya masuk 1 kedai tiba-tiba saya terpandang sejadah warna purple...Ya Allah saya terus ingat dia...tak tahu kenapa hati saya tergerak nak beli sejadah itu...sedangkan saya sudah ada sejadah pemberian dia....tapi bila sampai rumah saya terus simpan sejadah itu dalam kotak...


Saturday, November 26, 2011

Hijrah

Assalamualaikum....

Salam Awal Muharram buat semua...banyak pengertian bila kita menyambut tahun baru Islam ni...Penghijrahan yang diharapkan oleh setiap manusia...banyak konsep hijrah ni..hijrah dalam membentuk peribadi yang lebih baik itu pun termasuk dalam penghijrahan...



Rasanya pada tahun baru Islam ni la yang patut kita semua tanamkan azam...bukan pada tahun baru kalender inggeris....hmm saya sebelum menyambut tahun baru lagi saya sudah cuba berubah...kadang-kadang keadaan sekeliling juga akan mempengaruhi perubahan kita...tahu apa yang saya ubah???

saya cuma berubah cara penampilan jer...dulu saya akan mengenakan solekan apabila keluar...tapi sekarang saya hanya menjaga adab saya apabila keluar dikhalayak ramai...berhias secara berlebihan berdosa...bukan la sampai selekeh bila keluar...saya hanya memakai eyeliner (celak), blusher (pemerah pipi) yang agak nipis dan lipstick (gincu bibir) yang ala2 jer kat bibir...lebih selesa begitu....

dari dulu lagi saya menjaga cara berpakaian...baju walaupun lengan panjang, apabila menampakkan susuk tubuh saya yang macam lidi kelapa ni tetap saya tutup dengan baju sejuk...walaupun keadaan panas terik...sampai ada yang bertanya "tak panas ke pakai berlapis-lapis ni"...jawapan nya panas memang panas tapi panas lagi api neraka...

saya harap Allah sentiasa melindungi saya dari pandangan mata manusia...biarlah saya tidak mendapat perhatian dari diri saya di jamah mata manusia-manusia....saya suke sangat tengok gambar di bawah ni....saya dah belajar pakai jubah...tapi saya ada masalah untuk mencari saiz jubah yang sesuai ngan badan saya ni...ingat saya nak beli lagi...walaupun jubah ini harga lebih mahal tapi ntah la saya suke pakai...sejuk....



saya berharap kita semua menuju kearah penghijrahan ke arah kebaikan dan sentiasa di redhai Allah...Amin Amin Ya Rabb...


>_<

Friday, November 25, 2011

sepi menunggu senja


gambar nukilan dari insan yg sy sayangi...ini kenangan yang tiada akhirnya...
gambar sy lakukan editing supaya nampakkan cahaya mega itu...
terima kasih syg berikan kenangan terindah yg tiada satu detik pun untuk di lupai...

pahala yg tidak terhitung




Firman ALLAH SWT: 

“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”

(Surah Az Zumar Ayat 10)


Ulasan Ayat :


-->Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.

-->Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.

-->Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.

-->Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.

-->Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.

-->Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

-->Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.


WALLAHU’ALAM

cukuplah sy mencintai awak dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali &
Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)




Dari hati:: tq shue

Thursday, November 24, 2011

Wanita

Assalamualaikum...

Saya masih lagi di sini....mencari ruang untuk bersendiri...menjauhkan diri dari semua orang untuk mencari ketenangan...kehidupan ini kita cuma boleh olah...tapi semuanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa...

Pada saat sy lelah melihat kesedihan, sy menjauh dari situasi yang menekan...kesdihan tak pernah lepas dari seorang wanita...wanita akan banyak di uji dengan perasaan kerana Allah telah kurniakan seorang wanita hati yang lembut...kerana dengan hati yang lembut ini seorang wanita akan menjadi kuat semangat dan tabah...airmata adalah kekuatan bagi wanita...jikalau mereka tersenyum di saat berduka itu bermakna mereka sedang menangis di dalam hati...

wahai wanita jagalah aurat mu...
wahai wanita jagalah peribadi mu...
wahai wanita jagalah pergaulan mu...
wahai wanita tabahkan hati mu...
wahai wanita teguhkan iman mu...

Dari hati:: lepaskan keindahan dunia yg sementara... >_<