Blogger Backgrounds

Saturday, November 26, 2011

Hijrah

Assalamualaikum....

Salam Awal Muharram buat semua...banyak pengertian bila kita menyambut tahun baru Islam ni...Penghijrahan yang diharapkan oleh setiap manusia...banyak konsep hijrah ni..hijrah dalam membentuk peribadi yang lebih baik itu pun termasuk dalam penghijrahan...



Rasanya pada tahun baru Islam ni la yang patut kita semua tanamkan azam...bukan pada tahun baru kalender inggeris....hmm saya sebelum menyambut tahun baru lagi saya sudah cuba berubah...kadang-kadang keadaan sekeliling juga akan mempengaruhi perubahan kita...tahu apa yang saya ubah???

saya cuma berubah cara penampilan jer...dulu saya akan mengenakan solekan apabila keluar...tapi sekarang saya hanya menjaga adab saya apabila keluar dikhalayak ramai...berhias secara berlebihan berdosa...bukan la sampai selekeh bila keluar...saya hanya memakai eyeliner (celak), blusher (pemerah pipi) yang agak nipis dan lipstick (gincu bibir) yang ala2 jer kat bibir...lebih selesa begitu....

dari dulu lagi saya menjaga cara berpakaian...baju walaupun lengan panjang, apabila menampakkan susuk tubuh saya yang macam lidi kelapa ni tetap saya tutup dengan baju sejuk...walaupun keadaan panas terik...sampai ada yang bertanya "tak panas ke pakai berlapis-lapis ni"...jawapan nya panas memang panas tapi panas lagi api neraka...

saya harap Allah sentiasa melindungi saya dari pandangan mata manusia...biarlah saya tidak mendapat perhatian dari diri saya di jamah mata manusia-manusia....saya suke sangat tengok gambar di bawah ni....saya dah belajar pakai jubah...tapi saya ada masalah untuk mencari saiz jubah yang sesuai ngan badan saya ni...ingat saya nak beli lagi...walaupun jubah ini harga lebih mahal tapi ntah la saya suke pakai...sejuk....



saya berharap kita semua menuju kearah penghijrahan ke arah kebaikan dan sentiasa di redhai Allah...Amin Amin Ya Rabb...


>_<

Friday, November 25, 2011

sepi menunggu senja


gambar nukilan dari insan yg sy sayangi...ini kenangan yang tiada akhirnya...
gambar sy lakukan editing supaya nampakkan cahaya mega itu...
terima kasih syg berikan kenangan terindah yg tiada satu detik pun untuk di lupai...

pahala yg tidak terhitung




Firman ALLAH SWT: 

“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”

(Surah Az Zumar Ayat 10)


Ulasan Ayat :


-->Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.

-->Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.

-->Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.

-->Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.

-->Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.

-->Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

-->Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.


WALLAHU’ALAM

cukuplah sy mencintai awak dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali &
Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)




Dari hati:: tq shue

Thursday, November 24, 2011

Wanita

Assalamualaikum...

Saya masih lagi di sini....mencari ruang untuk bersendiri...menjauhkan diri dari semua orang untuk mencari ketenangan...kehidupan ini kita cuma boleh olah...tapi semuanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa...

Pada saat sy lelah melihat kesedihan, sy menjauh dari situasi yang menekan...kesdihan tak pernah lepas dari seorang wanita...wanita akan banyak di uji dengan perasaan kerana Allah telah kurniakan seorang wanita hati yang lembut...kerana dengan hati yang lembut ini seorang wanita akan menjadi kuat semangat dan tabah...airmata adalah kekuatan bagi wanita...jikalau mereka tersenyum di saat berduka itu bermakna mereka sedang menangis di dalam hati...

wahai wanita jagalah aurat mu...
wahai wanita jagalah peribadi mu...
wahai wanita jagalah pergaulan mu...
wahai wanita tabahkan hati mu...
wahai wanita teguhkan iman mu...

Dari hati:: lepaskan keindahan dunia yg sementara... >_<

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,




Dari hati::Kerana saya kaum hawa


Doa akhir tahun dan awal tahun...



Doa akhir tahun Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib





Monday, November 21, 2011

3 rasa

Assalamualaikum...

Syukur pada Allah sbb masih diberi peluang dan daya untuk berpijak di bumiNYA....

Pada dasarnya manusia itu punya hati yg kadang kala mudah tersentuh...begitu juga diri saya...saya sedar walaupun kehadiran sy tidak di hargai sekali pun di kalangan semua...saya dah cukup bersyukur...mmang kadang kala hati sy bagai dihiris-hiris...tapi saya selalu berkata Ya Allah apa pun yg saya lalui sekarang mahupun saya terluka sgt bersihkan hati saya...didiklah hati sy menghadapi dan melayan mereka dengan hati yg suci...jgn Engkau biarkan sebesar kuman pun rasa dendam dan kecewa...

sy memang tak punya siapa-siapa untuk berkongsi rasa...sy tiada kawan...tiada yang menyayangi sy dan menerima kelemahan dan kekurangan diri sy...cuma sy ada kucing-kucing tempat sy mengalirkan airmata...Allah hanya berikan sy binatang sbagai penguat semangat sy...bila binatang yg selama ini tempat sy menumpang kasih di sumpah hati sy bagai kaca yg berderai...hanya satu pinta sy semoga Allah jdikan binatang ni tidak menyusahkan sapa-sapa...harap sgt binatang ini dapat berdikari...tadi sy dapat lihat smua kucing sy hanya lihat jer orang mkn...yg si kecil itu duduk di tepi pintu terdiam...macam dia mengerti hati sy cukup berduka...hati sy bersedih...

satu yang sy paling bimbangkan kesihatan sy selalu terganggu...kalau sy tiada bagaimana nanti...Ya Allah berilah aku kesihatan supaya aku mampu menjaga binatang ini dgn sempurna...

sy tak terkilan dgn sikap manusia yg mengenali sy...mereka tak perdulikan sy...biarpun sy hanya di jadikan tempat apabila mereka perlukan sy mereka cari...apabila tidak perlukan sy mereka menganggap sy tidak wujud...yang penting pada mula sy menerima kehadiran mereka dulu dgn penuh rasa keikhlasan danrasa hormat...sy hanya mengharap sy dapat menumpang kasih dan belas ehsan Allah S.W.T...kuatkan semangat sy lalui ujian ini Allah...


Dari hati:: tabahlah wahai hati

Sunday, November 13, 2011

Gelora

Assalamualaikum....

Ya Allah dah lama sangat saya tak update tulisan saya...kadang-kadang ada waktu kita tak mahu bercerita...kadang-kadang ada waktu kita mahu bersembunyi dari segala gelora...

tapi hari ini ntah kenapa saya bagi ruang pada diri saya untuk berada di sini ...kenapa entry saya adalah gelora? hehe sbb kepala saya sedang bergelora...saya ambik sedikit ruang melepaskan segala lelah menghadapi gelora kepala saya ni....

dalam keadaan kepala saya yang bergelora ni saya terlalu harapkan sokongan dia...tapi ntah la...segalanya mungkin harapan yg tidak menjadi kenyataan...kadang-kadang saya ingatkan diri saya bahawa saya perlu tangani ujian ini sendiri...di mana diri saya yang dulu?? saya rindukan kekuatan dan ketabahan saya yang dulu...mamapu berjuang dalam apa keadaan sekali pun...

saya selak satu persatu kenangan saya yang dulu...agar ia menjadikan saya tabah...tetapi kadang-kadang saya menjadi manusia yg terlalu akur dengan kelemahan diri...kesakitan ini cuma ujian...kenapa saya nak mengalah...hadapi kesakitan ini dgn semangat yang walaupun hanya tinggal sisa-sisa sahaja...saya harap Allah ada dgn saya...sekarang semangat itu tidak ada...yang ada hanya pengantungan saya pada ubat...padahal saya mmang nak ajar diri saya hadapinya dgn semangat dan kekuatan dalaman saya...apasal saya lemah sangat...

gelora kepala dan gelora jiwa ni bersatu...waktu saya tak tertahan untuk menanggung saya mintak Allah padamkan semua ingatan saya pada kenangan lalu...tapi Allah sentiasa menguji kita sesuai dengan kemampuan kita...sedangkan saya tahu kenangan itulah hidup saya...nyawa saya...jika terpadam semua terhapuslah saya...dan saya masih lagi berada di sini...hidup bersama kenangan itu yang sentiasa kuat dalam ingatan saya...terima kasih Allah keran tidak Engkau padamkan ingatan itu...sebab Engkau tahu di mana kedudukan dia di hati aku....

berjuanglah untuk hidup...berjuanglah selagi masih bernafas...berjuanglah untuk terus bernafas...

Dari hati:: kontang