Blogger Backgrounds

Thursday, September 22, 2011

tiada tajuk

Assalamualaikum...

Ya Allah aku bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang di sini lagi...entry saya kali ini tidak bertajuk yg khusus...cuma sedikit kata-kata untuk mengingati saya tentang kelemahan diri saya. Allah memberi ujian yang besar pada kita manusia tentang hati dan jiwa...kerana di situ letaknya kebersihan dan kebaikan yang merangkumi sikap dan perbuatan kita...kerana itulah saya selalu mendoakan hati saya dan orang-orang yang saya sayangi sentiasa dijauhkan dari sifat syaitan...kerana kita manusia yang penuh kekhilafan ini tidak pernah terlepas hari kesilapan besar mahupun kecil...

saya mahu berkongsi sedikit pandangan saya tentang hubungan kita sesama manusia yang sama-sama berkongsi bernafas dan menumpang di bumi Allah yang indah ini...perpecahan antara kita orang islam adalah kerana berpuncanya salah faham dan perselisihan pendapat...mmang kadang-kadang semua itu kita tidak sedari...biarlah kita kehilangan harta tapi jangan kita kehilangan persaudaraan dalam Islam...biarlah kita lakukan semua ini kerana kita sayangkan Agama Islam...besar sangat ke maruah kita sampai kita pergadaikan persaudaraan dalam Islam...saya mmang tak termampu untuk berjihad dalam bentuk yang lain...saya akuinya kerana saya bukan seorang yang berilmu yang tinggi...tapi saya akan berjihad dalam diri saya untuk menjaga hubungan saya sesama Islam...Fatimah Az-Zahra R.A pernah berkata tentang falsafah Islamnya yang bahawa menjaga silaturrahim akan memanjangkan usia kita....bila usia kita masih panjang masih besar peluang kita mencari keredhaan Allah....

Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku yang terdahulu mahupun sekarang...Ya Rahman jauhkan hati ku dari sifat-sifat syaitan...tutupkan lah segala pintu-pintu kesedihan untukku dan bukakan lah pintu-pintu rahmat dan hidayahMu...Ya Rahman Ya rahim berikan lah aku cahaya yang terang agar mampu aku berjalan atas jalan yang Engkau redhai...Ya Muhaimin peliharalah diriku dari sifat marah, sedih dan putus asa tentang kehidupan...sesungguhnya jadikan hari-hari yang aku titi ini sebagai hari yang dapat aku cari keredhaanMu...Bisikkan ke hatiku rasa-rasa takutkan azabMu...semoga aku hambaMu yang sentiasa dalam kelemahan itu sentiasa beriman kepadaMu...

saya teringat status saudara Sham Kamikaze di Fb "musuhilah sifat-sifat dendam,marah dalam diri kita...

saya harap sangat tulisan saya di sini tiada menganggu kehidupan dan ketenangan hidup kamu smuanya yang membaca...tiada sedikit niat saya untuk tujukan monolog saya ini pada sesiapapun...besar mana bebanan hati saya sekarang hanya Allah tempat saya meminta dan merintih...saya manusia biasa yang sedikit sebanyak terguris dengan lemparan kata-kata orang...tapi saya anggap semua ini menuntut saya lebih tabah dan sabar...hidup saya hanya untuk Allah bukan untuk sesiapa...jika anggapan buruk tentang saya yang terselit di hati kecil anda,saya mengharapkan Allah sentiasa mengampunkan kita semua...saya menjauhkan diri dari Fb dan semua orang adalah untuk kebaikan..saya tidak mahu menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dari tuntutan agama..maafkan saya kerana semakin saya hampir dengan semua orang semakin besar dugaanya...saya lari jauh dari pandangan mata manusia supaya tiada kekhilafan kita buat berulang-ulang...

Dari hati:: saya bukan butiran pasir yang berharga pada ombaknya...hati saya bukan sebersih air yang mengalir pada alirannya dengan memberi kesejukkan dan ketenangan....jiwa saya tidaklah setenang dedaun yang dipukul lembut oleh angin...kata-kata saya tidak sehebat sebuah buku tersusun ilmunya...namun sedikit lontaran hati saya lepaskan di sini buat ingatan bagi saya yang cetek pandangan ini...

salam ukhwah saya bina di sini...jauh dari pandangan mata-mata pemanah kata....Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment