Blogger Backgrounds

Sunday, September 11, 2011

Ada gaya petani moden tak?????


Assalamualaikum...
Syukur kerana Allah masih memberi saya kesempatan untuk menulis entry saya yang baru...mungkin sebelum ini ada yang keberatan kerana saya menulis tentang dia...tapi sekarang saya hanya menulis semua yang berkisar tentang diri saya sahaja...tiada kaitan dengan orang lain lagi....okey mari kita mulakan dengan ulasan tajuk diatas...mesti terkejut dan keliru dengan tajuk diatas...jangan pandang saya hanya sebelah mata okeyyy...dulu mungkin tangan saya panas...tapi setelah Allah bukakan jalan dan kemudahan untuk saya lalu saya berjaya....haha ayat macam la berjaya sangat...ayat kalau tak tambahkan belacan untuk menyedapkan rasa mesti tak sedapkan...tapi semua yang berlaku ini adalah atas kehendak Allah Yang Maha Mengasihani...semasa saya tak mampu hadapi semuanya sendiri Dia bukakan saya jalan dan petunjuk supaya semua kesedihan dan kesakitan saya hilang...sekarang saya lebih suka untuk orang tidak tahu apa yang saya rasa...segalanya yang dalam hati saya hanya DIA Yang Maha Esa yang tahu....

SEE


ini adalah fasa pertama hingga ke tiga...sampai ke luar pagar tu...abes rizab jalan...hehe



ni pulak fasa ke 4...eh eh ada lagi...tgk bawah lagi...


ni fasa ke 5....ni cubaan yang ada kelainan sikit...nak tengok macam mana kalau di tanam macam ini hasilnya lumayan atau tak...

fasa ke 6 pulak saya tanam di luar pagar...saya tak snap gambar kerana masih dalam peringkat pertumbuhan...

dan pada pagi tadi saya telah memulakan fasa ke 7...saya juga dah merancang fasa ke 8...mungkin kalau dengan keizinan dan kekuatan yang Allah berikan InsyaAllah...saya merancang saya nak mempunyai lebih dari 100 pokok...hehe....

dan ini adalah kerja saya saja-saja...tengok la bawah lagi


dah banyak daun sudah di potong sebab buat soto untuk hari raya yang lalu...dan ada jugak yang dah di kebas oleh abang saya...nasib badan bila ada yang berminat...hehe


ni pula pokok tomato...saja tanam sbab boleh buat sambal belacan nanti bila berbuah....

tapi nak cerita yang best ni...bila kerja-kerja saya jadi perhatian dan ikutan sekarang...abang saya sudah mula bercucuk tanam di rumah baru dia...bukan main lagi tu...daun cili padi dia selebar tapak tangan...sah-sah dah termabuk baja tu...nak lawan saya la tu...tapi yang kesian rumah dia takde langsung tanah...jadi semua tanaman dia di tanam dalam polybag...

okey la saya nak berundur dulu...assalamualaikum....

Dari hati :: hijaukan bumi kita...hargai la kehidupan yang masih bersisa ini...biar la kita akhiri kehidupan kita dengan ketenangan ciptaan Allah yang berwarna hijau....jangan duk sibuk sangat bersosial...

No comments:

Post a Comment