Blogger Backgrounds

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan yang tenang

Assalamualaikum....

begitu lama untuk saya mengambil masa untuk menulis entry baru...bukan apa saya sedikit malas untuk online....banyak lagi perkara yg bermanfaat untuk sy lakukan selain dari online....:) hari ini sudah hari ketiga kita berpuasa dan sudah hari ke empat kita menunaikan solat tarawih...

Hari ini solat tarawih berimankan  imam kampung saya la pulak...selama tiga hari lepas berimamkan jemaah dakwah yg dtg ke kg...indahnya bacaan dalam solat yg di baca oleh mereka...mendayu-dayu dan berlagu....kalau tgk yg menjadi jemaah dakwah tu remaja-remaja...mereka sudah manpu mengimamkan solat dengan bacaan yg begitu tertib...SubhanaAllah..selepas lapan rakaat mereka berhenti untuk memberi sedit tazkirah...baru mereka lanjutkan ke solat witir...tapi ada segelintir dari penduduk mahu tak mahu mendengar sedikit tazkirah...alangkah ruginya kita apabila di beri peluang untuk mendengar kebaikan kita tidak mengendahkan....sepatutnya pada bulan ramadhan kita mengambil peluang untuk telinga kita mendengar yg baik-baik saja...walau apa pun smua itu kehendak masing-masing...betul kata jemaah dakwah tu bahawa kita sepatutnya mendakwahkan diri kita dlu...

alangkah bagus sy dapat menghafal senaskah al-quran....

salam ramadhan buat semua....

No comments:

Post a Comment