Blogger Backgrounds

Monday, August 8, 2011

Jauh saya di tinggalkan....

Ramadhan kali ini begitu berbeza...Ramadhan yang perlukan saya kuat hadapai semua...ramadhan yang buat saya sendiri....ramadhan yang buat saya belajar tidak terluka....Ramadhan yang buat saya lalui smuanya sendiri...jauh bezanya dengan ramadhan tahun lepas....saya lalui smuanya duludeangan gembira...saya solat tarawih dengan langkah dan hati saya memikirkan bahawa kami sama-sama mencari menjalankan ibadah hanya keranaNYA...kami selalu saling mengingati antara satu sama lain....tapi sekarang langkah saya sendiri mencari cahaya Allah...ucapan selamat berbuka puasa hanya saya yang dahului...kadang-kadang langsung tiada balasan...sunyi sepi...tapi saya selalu berdoa Allah tidak tanamkan dalam hati saya rasa kecewa dan terluka...saya mahu dia gembira dengan kehidupan dia....saya masih bertuah keran Allah sentiasa kuatkan hati saya bersabar lalui semua ini....Ramadahan hanya datang sekali dalam setahun...saya mahu lalui ramadhan ini kerana Allah...Kerana Allah ada temani saya....walau dia sudah pergi jauh tinggalkan saya di belakang....saya berdoa semoga ramadhan kali ini ramadhan yang indah buat dia dan keluarga...



Ada sekuntum hari
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang waktu
Karena saat itulah kemaha murahan sang Khaliq berlimpah
Menyatu pada segala inti hidup
Adalah Ramadhan
Ia bertelaga bening
Airnya mutiara maghfiroh
Gericiknya dzikir dan tadarrus
Tepiannya doa lemah lembut, lirih dan berpasrah hati
Siapa tak ingin jadi ikannya?
Mari berenang dengan kesunyian nafsu
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia
Ia rahsia
Tak sekadar lapar dahaga
Tapi sesungguhnya itulah hakikat cinta
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah
Kerana dengan lapar dan haus
Kita bisa lebih menyedari bahawa kita tak berpunya
Bisa lebih memahami

Bahawa kita tak lebih dari sebutir debu
Di antara kemaha luasan-Nya
Ia sepantasnya dirindukan
Kerana ia lebih
Di cakerawala bertebar pengampunan, rahmat
Dan segala kebaikan
Juga nuzulul qur’an dan lailatul qadar

No comments:

Post a Comment