Blogger Backgrounds

Tuesday, July 19, 2011

Saya bukan FATIMAH AZ-ZAHRA

Assalamualaikum...

jgn salah faham dengan entry terbaru saya...cuma saya mahu cerita serba sedikit tntang Fatimah Az-Zahra RA wanita mulia...wanita sempurna...wanita yg tinggi darjatnya di sisi Allah S.W.T...Puteri bongsu Rasulullah S.A.W yg cukup di sayangi oleh ayahndanya...

Fatimah Az-Zahra RA seorang yg tinggi ahlaknya...mampukah kita meneladani beliau...dia seorang yang tinggi ilmu pengetahuannya...taat pada agama Allah...seorang yg mementingkan akhirat daripada dunia...seorang yang menyayangi ibubapanya....seorang yang terlalu dermawan...dia lebih mementingkan orang lain dari drinya sendiri....seorang yang tidak angkuh dan sombong...beliau seorang yang sentiasa bercakap benar...seorang yang menjaga maruah dan kehormatannya..

Fatimah Az-Zahra  RA seorang yang pandai menyimpan rahsia dan seorang yang amanah...seorang yang selalu bersyukur dan redha dgn apa yang dimilikinya...seorang yang sgt sabar dan tabah...beliau seorang yang pemaaf dan melayan orang lain dgn baik...memiliki budi pekerti yang mulia...beliau seorang yang sgt beriman kepada Allah...beliau seorang yang sangat kuat beribadah....

kita tak mampu untuk jadi seperti beliau...tapi kita harus meneladani akhlaknya...kenapa perlu kita menjadikan artis sebagai ikon...sedangkan wanita yang paling mulia di sisi Allah kita tidak mahu contohi...setelah saya membaca buku sejarah lengkap Fatimah Az-Zahra RA baru saya tahu peribadi beliau...sungguh sy berbangga dapat mengetahui sedikit sbanyak tentang kehidupan beliau...bertapa mulianya beliau di mata umat islam..saya berharap dapat mencontohi peribadi beliau yang sungguh mulia itu...kadang-kadang kita manusia ini selalu tidak berpuas hati dgn kehidupan sedangkan Fatimah RA terlalu bersyukur dan redha dgn kehidupan yang Allah tetapkan untuk beliau....

Rasulullah S.A.W pernah berkata pada Fatimah RA::
"wahai Fatimah,bersabarlah dengan kepahitan dunia agar engkau memperolehi kenikmatan abadi di akhirat..."

 Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada suami Fatimah RA iaitu Ali RA::
"Wahai Ali, barang siapa memeperolehi tawaran dunia dan akhirat, lalu dia memilih akhirat dan meninggalkan  dunianya, maka baginya syurga. Tetapi barangsiapa yang memilih dunia dan seterusnya meremehkan akhirat, maka baginya neraka."

Ayanhnda Fatimah RA pernah berkata::
"Barangsiapa paginya dipenuhi dengan perhatian pada dunianya semata-mata, maka Allah S.W.T akan mencerai beraikan urusananya. Tetapi barangsiapa memasuki paginya dengan penuh perhatian pada urusan akhirat maka Allah S.W.T akan memenuhi cita-citanya, menjaga barang-barangnya, memperkayakan hatinya dan memberikan dunia kepadanya sekalipun dia tidak menghendakinya

No comments:

Post a Comment