Blogger Backgrounds

Tuesday, February 15, 2011

kehidupan

assalamualaikum....

rasa nak berceloteh pulak...hehe...


kadang-kadang dalam kehidupan ini kita terpaksa melakukan sesuatu kerana tanggungjawab...tanggungjawwab yang tak boleh kita ingkar...walaupun kita tak mampu lakukan...
kadang-kadang kita terpaksa melakukan sesuatu berulang-ulang kali....
kadang-kadang kita kena mengalah...kerana mengalah bukan bererti kita salah...
kadang-kadang kita tidak faham apa yang kita katakan kerana kadang-kadang apa yang kita katakan hanya sekadar omongan kosong...
kadang-kadang kita perlu melupakan pergaduhan kerana mahu menjaga hati orang lain...
kadang-kadang kita perlu menangis kerana dengan menangis dapat menghilangkan beban hati kita sedikit...
kadang-kadang kita tidak perlu berkata tentang orang lain kerana kita bukan manusia yang sempurna....
kadang-kadang kita perlu bersedirian kerana dengan bersendirian kita dapat melihat kelemahan dan kekhilafan diri kita sendiri...
kadang-kadang kita perlu rasakan kehilangan keran dengan rasa kehilangan kita akan menghargai apa yang ada...
kadang-kadang kita tidak pernah bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan...
kadang-kadang kita terlalu menunjukkan kita terlalu bagus padahal kita adalah manusia biasa...yang hnay membezakan kita iman dan takwa....
kadang-kadang kita terlalu banyak menyatakan keburukan orang lain sedangkan kita telah menunjukkan aib kita sendiri...
kadang-kadang kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada...sedangkan smua itu tidak akan pernah kekal...
kadang-kadang kita hanya memandang air kosong itu sekadar air kosong sedangkan air kosong itulah yang dapat menghilangkan kedahagaan...
kadang-kadang kita terlalu mengharap orang lain menghargai kita sedangkan kita tidak pernah belajar menghargai orang lain...
kadang-kadang kita terlalu merasakan kita punya semuanya sedangkan kita tidak pernah endahkan orang disekeliling kita...
kadang-kadang kita tidak pernah mahu belajar memadamkan api kemarahan pada orang lain...
kadang-kadang kita perlu rasakan kesakitan kerana dengan kesakitan dapat menyucikan diri kita...
kadang-kadang kita perlu diam bagi memberi ruang orang berkata-kata...
kadang-kadang kita perlu memeberi ruang pada diri kita untuk merasai kehidupan dengan rasa syukur padaNYA...


kita mesti rasa bersyukur pada nikmat kehidupan walaupun kehidupan kita penuh kekurangan...berserahlah kepada Yang Maha Kekal kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita...semoga kehidupan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..
...Amin Yarabbal Alaminn

No comments:

Post a Comment