Blogger Backgrounds

Sunday, February 27, 2011

bosan.....sambil ngap ngap...

Assalamualaikum...selamat pagi...saya gerobokku nak membuat senaman jari...
hehe...ayuh gogogo agogo...
sekarang saya di tempat service kereta...memang bosan nak menunggu 5 jam...apa yag nak buat??
yang saya tahu ngap ngap jajan smpai nak abes dah...
macam-macam ragam boleh tgk kat sini...ada yang dah berpuluh kali minum kopi kat ruang guests...tgk cawan kat situ pun dah makin kurang...ada yang terlentuk-lentuk kat sofa...ada jugak yang dah khatam suratkhabar berpuluh-puluh kali...
saya curi-curi dengar penjual kereta ni dari promote kereta dah borak pasal kahwin-kahwin...politik pun ada...saya hanya tersenyum aje dengar...
dia nak jual kereta ke atau nak sampaikan syarahan...whatever la...saya kat sini pun bosan jugak...tgk FB pun dah tak lalu...nak bergedik depan kamera malu pulak orang ramai kat sini...
kadang-kadang tgk ragam orang ni buat kita tersenyum sndiri...nmpak dah macam org mental dah saya ni...
ni baru berapa jam...kalau dah 5 jam macam mana agaknya rupe saya...hehehe...
tapi yang best kat sini line broadband laju...dah macam kereta ferrari tu...huhu...
lagu yag saya pasang kat blog ni pun berjalan lancar macam kereta yang baru ditukar minyak hitam...
nak message incek tot tot mesti dia busy lagi hari ini....kejab lagi lappy ni abes la bateri...macam mn nak online lagi...
perot dah mula bermain gendang...owh perotku sabar la kamu....

saya dah banyak merepek dah ni...dengan sepantas kilat saya mengakhiri senaman saya dengan~~~~~

Assalamualaikum...^_-

Monday, February 21, 2011

Diam dan terus memerhati

Assalamualaikum...

Ntah kenapa saya sudah jadi pendiam dan lebih suka memerhati dari jauh...mungkin bersikap macam itu lebih baik dari kita terus berkata-kata...sambil memerhati kita akan banyak berfikir...
tadi saya jumpa seorang makcik...suci aje muka dia...tak reti pulak saya nak klafikasikan suci yang macam mana...tapi kalau tengok muka dia bersih...makcik tu banyak sangat bertanya...saya menjawab sambil senyum...pastu saya diam balik sambil fikiran saya dah terjun ke lombong mana ntah...ntah apa yang saya fikirkan...banyak sangat perkara kot sampai saya tak tahu apa yang saya fikir dan termenungkan...

kadang-kadang kita perlu buat sesuatu ikot kehendak orang lain...untuk buat orang disekeliling kita happy...hmmm blurr dah nak tulis apa....

jumpa lain kali andai saya ada mood untuk menulis lagi...

assalamualaikum ^_-

Sunday, February 20, 2011

rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, February 15, 2011

kehidupan

assalamualaikum....

rasa nak berceloteh pulak...hehe...


kadang-kadang dalam kehidupan ini kita terpaksa melakukan sesuatu kerana tanggungjawab...tanggungjawwab yang tak boleh kita ingkar...walaupun kita tak mampu lakukan...
kadang-kadang kita terpaksa melakukan sesuatu berulang-ulang kali....
kadang-kadang kita kena mengalah...kerana mengalah bukan bererti kita salah...
kadang-kadang kita tidak faham apa yang kita katakan kerana kadang-kadang apa yang kita katakan hanya sekadar omongan kosong...
kadang-kadang kita perlu melupakan pergaduhan kerana mahu menjaga hati orang lain...
kadang-kadang kita perlu menangis kerana dengan menangis dapat menghilangkan beban hati kita sedikit...
kadang-kadang kita tidak perlu berkata tentang orang lain kerana kita bukan manusia yang sempurna....
kadang-kadang kita perlu bersedirian kerana dengan bersendirian kita dapat melihat kelemahan dan kekhilafan diri kita sendiri...
kadang-kadang kita perlu rasakan kehilangan keran dengan rasa kehilangan kita akan menghargai apa yang ada...
kadang-kadang kita tidak pernah bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan...
kadang-kadang kita terlalu menunjukkan kita terlalu bagus padahal kita adalah manusia biasa...yang hnay membezakan kita iman dan takwa....
kadang-kadang kita terlalu banyak menyatakan keburukan orang lain sedangkan kita telah menunjukkan aib kita sendiri...
kadang-kadang kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada...sedangkan smua itu tidak akan pernah kekal...
kadang-kadang kita hanya memandang air kosong itu sekadar air kosong sedangkan air kosong itulah yang dapat menghilangkan kedahagaan...
kadang-kadang kita terlalu mengharap orang lain menghargai kita sedangkan kita tidak pernah belajar menghargai orang lain...
kadang-kadang kita terlalu merasakan kita punya semuanya sedangkan kita tidak pernah endahkan orang disekeliling kita...
kadang-kadang kita tidak pernah mahu belajar memadamkan api kemarahan pada orang lain...
kadang-kadang kita perlu rasakan kesakitan kerana dengan kesakitan dapat menyucikan diri kita...
kadang-kadang kita perlu diam bagi memberi ruang orang berkata-kata...
kadang-kadang kita perlu memeberi ruang pada diri kita untuk merasai kehidupan dengan rasa syukur padaNYA...


kita mesti rasa bersyukur pada nikmat kehidupan walaupun kehidupan kita penuh kekurangan...berserahlah kepada Yang Maha Kekal kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita...semoga kehidupan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..
...Amin Yarabbal Alaminn

Sunday, February 13, 2011

sungguh lama

Assalamualaikum...


sungguh sudah lama saya tak update post saya...
skarang saya bersemangat berkeje...hehe...saya ada tadget...orang kata biar berangan-angan dulu...baru adanya usaha...banyak yang saya nak conteng kat blog...tapi macam tak ada banyak masa...
kadang-kadang apa yang kita lihat dan dengar buat banyak kita berfikir...manusia ni kadang2 pandai berkata-kata...sukar mengaku kekurangan diri sendiri...terlalu banyak menilai orang lain...cubalah kita jadikan apa yang kita lihat dan dengar di sekeliling kita sebagai iktibar dan pengajaran...


belajar jujur dengan diri sendiri pasti kita akan jujur dengan orang lain..kita selalu nak menutup aib kita dan dengan semangat meronta-ronta membuka aib orang...kita yang ego dengan diri kita sendirikan...hehe..
aiyok dah blur dah untuk menulis...nantilah kalau saya ada masa dan peluang saya akan sambung contengan saya...ari pun dah nak masuk maghrib...sepatutnya saya menutup laptop...
kita berjumpa lagi nanti...harap Allah sentiasa melindungi anda semua...


assalamualaikum...>>