Blogger Backgrounds

Thursday, December 16, 2010

kemana menghilang

assalamualaikum...

hope korang sihat...dah lama saya gian nak menconteng...takpe conteng kat blog sendiri...bukan menconteng kat dinding rumah jiran..
hehe...nampak macam serius jer tajuk post ni...mmang serius ni...muke saya masa ini pun ngah serius...
serius...serius..serius...

kemana menghilang sebuah ikatan persaudaraan kat alam fana ni...kat planet bumi yang hanya pinjaman ni..semua sudah berubah...kenapa yer?
adakah ini kerana budaya itu tak sesuai pada abad ini?..huh sangat dikesali ...adakah ini semua berpunca pada kurang didikan dari ibubapa atau ibubapa bukan lagi jadi idola dan contoh...hmm sangat menyedihkan bila hilang rasa hormat pada saudara mara sendiri...

semua ini sedikit sebanyak dah menyerang masyarakat kita tanpa kita sedari...cucu dah tak tau hormat nenek...anak sedara dah tak tahu memanggil mak saudara dan bapa saudara dengan pangkat...saudara dah mula mencari kesalahan saudara lain tanpa mencermin atau menilik kekurang dalam keluarga mereka sendiri...

kenapa semua ini terjadi pada saat kita semakin hampir melepaskan bumi yang dipinjam ini...
semua ini sepatutnya....~

>>di renungkan
>>di fikirankan
>>di risaukan

dan mula bertindak serta berubah...tapi ada ke kita fikirkan penyakit ini yang menyerang urat saraf hingga ke tulang temulang kita sekarang sehingga mempengaruhi minda dan kepala otak kita...

hmm...

No comments:

Post a Comment